You are not connected. Please login or register

AKIDAH MUSLIM

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 AKIDAH MUSLIM on Tue Feb 09, 2010 1:16 pm

kecheng


Santri
Santri
Dalam Susana dunia yang semakin mencabar, ramai manusia berebut-rebut mengejar kekayaan, kemewahan dan kesenangan duniawi tanpa memperdulikan lunas-lunas ajaran agama. Apa yang penting bagi mereka, kekayaan, kemewahan dan kesenangan mesti diperolehi semaksimum yang boleh. Akibatnya sesebuah institusi keluarga itu telah leka dari menjaga kebajikan pendidikan anak-anak dari segi keagamaan. Maka apa yang kita lihat sekarang, ramai golongan remaja yang telah terpesong akidah dan agamanya. Kini, saban hari kita didengarkan dengan pelbagai isu seperti ajaran sesat, pelacuran, rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat.
Jika keadaan ini terus berlaku, maka keruntuhan akidah dikalangan umat Islam akan menjadi berleluasa. Sebelum diulas dengan lebih mendalam akan peranan keluarga dalam pendidikan agama, kita perlu tahu akan apa yang dimaksudkan dengan akidah dan agama. Perkataan akidah itu menurut maksudnya adalah merujuk kepada kepercayaan atau keyakinan. Agama pula adalah kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaannya. Antara akidah dan agama itu adalah satu perkaitan yang seiringan. Semakin kuat pegangan agama seseorang semakin teguh akidahnya.
Langkah-Langkah Mengukuhkan Akidah
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan akidah, salah satu pendekatan yang penting adalah memberikan didikan agama kepada anak-anak pada peringkat awal. Sebenarnya pendidikan awal adalah bermula dari rumah, bukan dari sekolah. Keluarga mestilah mendidik anak-anak dengan ajaran agama yang betul. Aspek yang mesti diajar kepada anak-anak adalah berkaitan dengan kepercayaan. Rukun iman dan Rukun Islam yang menjadi asas akidah Islam itu adalah perkara asas yang wajib diajarkan kepada anak-anak. Dengan adanya asas yang kukuh dalam diri seseorang itu, ini akan dapat menghindari dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.
Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya.
Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contoh dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.
Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal. Ada segelintir manusia yang sudah terlalu pandai menganggap merekasebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan cara mendalami pengetahuan agama, kita akan mampu untuk menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.
Mengukuhkan akidah bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, ia perlukan kekuatan iman. Ini adalah asas utama dalam mengukuhkan akidah. Persoalan iman dan akidah mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar pada masa akan datang, anak-anak yang akan mewarisi kehidupan akan dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak. Apa yang penting sekarang adalah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak bermula dari rumah. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri. Laughing Laughing

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum